Memilih cat bagi ruangan rumah adalah satu perkara yang sangat memeningkan kepala jika tidak tahu caranya. Tambah-tambah lagi kalau ruangan tu sudah lama tidak di cat. Tentulah sukar nak pilih cat yang lain kerana sudah terbiasa dengan cat yang sama bertahun-tahun.
Mesti tak boleh nak bayang macam mana kalau tukar warna cat rumah. Kalau cantik ok lah. Kalau tak cantik.. Alahaii.. kan dan bazir duit beli cat mahal-mahal tapi tak kena dengan ruang yang nak dicat tu.
Hari ni Amman Painter nak kongsikan macam mana nak pilih warna yang betul bagi ruangan di rumah anda.

Warna yang betul untuk rumah boleh membantu anda untuk;
- Meningkatkan perasaan yang positif.
- Mengubah suhu persekitaran yang dirasakan - menjadikan ruang anda terasa lebih panas atau lebih sejuk
-Mengubah persepsi ruang - buat ruang anda terasa lebih besar, atau lebih selesa dan intim
- Menerangi kawasan gelap
- Mencipta misteri dan cinta di kawasan yang membosankan
- Menambah energi di ruangan yang statik,
Sebelum merancang warna di ruangan rumah anda, buat soal selidik dengan lima soalan dan tinjau keperluan diri dan keluarga anda.
Jawapannya akan membawa anda ke skema warna baru anda.
Jawapannya akan membawa anda ke skema warna baru anda.
1. Di manakah bilik atau ruangan itu?
2. Berapa banyak tingkap yang ada dan arah mana yang mereka hadapi?
3. Adakah terdapat landskap di luar yang akan memberi kesan pada warna di dalam bilik atau ruangan?
4. Siapa yang akan menggunakan bilik itu, dan apa yang akan mereka lakukan di sana? Adakah ianya ruang peribadi atau komuniti?
5. Adakah ia akan menjadi ruangan yang aktif dan sibuk, atau ruangan yang menenangkan? Bagaimana saya mahu ia terasa?
Jika anda masih kurang pasti dan memerlukan bantuan pakar untuk konsultasi warna ruangan rumah anda hubungi kami segera
klik di sini untuk mendapatkan konsultasi warna